Delegasi Antarabangsa Lawat Kawasan Pemuliharaan Sungai Pin di Kinabatangan, Terokai Amalan Sawit Lestari

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

By Sabahnews

KINABATANGAN: Seramai 50 delegasi antarabangsa dari United Kingdom, Belanda dan Malaysia mengadakan lawatan selama dua hari ke Kawasan Pemuliharaan Sungai Pin (SPnCA) di Kinabatangan bermula kelmarin, bagi meninjau pelaksanaan amalan sawit mampan di bawah program Global NISCOPS Learning Programme.

ADS

Lawatan itu dianjurkan oleh IDH, The Sustainable Trade Initiative dan dihoskan oleh Sawit Kinabalu Group (SKG), yang merupakan rakan pelaksana utama bagi program National Initiatives for Sustainable and Climate Smart Oil Palm Smallholders 2 (NISCOPS 2) di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SKG Green Sdn Bhd, Philipa Datuk Wilfred Mojilis berkata, SPnCA menjadi bukti komitmen syarikat dalam menyeimbangkan pembangunan kelapa sawit dengan pemuliharaan biodiversiti serta pemberdayaan komuniti setempat.

“Melalui pendekatan Production, Protection and Inclusion (PPI) 2.0, kami mahu menunjukkan bahawa pengeluaran minyak sawit secara bertanggungjawab boleh wujud seiring dengan alam semula jadi dan kehidupan masyarakat,” katanya.

Projek bernilai RM9.8 juta itu bermula pada tahun 2022, dengan fokus memperkukuh usaha pemuliharaan, membangunkan sumber pendapatan alternatif komuniti tempatan, serta meningkatkan bekalan minyak sawit lestari daripada pekebun kecil.

Di bawah NISCOPS 2, RM1 juta diperuntukkan kepada Sawit Kinabalu untuk pelaksanaan tahun 2025, manakala syarikat turut menyalurkan RM2.2 juta sebagai sumbangan bersama.

Sementara itu, Ketua IDH Malaysia, Allie Subramanian berkata, kerjasama awam-swasta itu membantu pekebun kecil menjadi lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim serta menyokong aspirasi minyak sawit bebas penebangan hutan yang mematuhi piawaian EUDR.

Delegasi turut menyertai aktiviti lapangan termasuk pelayaran sungai di Sungai Pin bagi meninjau usaha pemuliharaan hutan sungai yang dijalankan bersebelahan ladang kelapa sawit, sebahagian daripada pendekatan konservasi bersepadu SKG.

Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ruzina Jahan Hasan, Duta Besar Belanda, Pieter Blusse, serta wakil MPOB dan IDH.

Dilancarkan pada Januari 2025, NISCOPS 2 merupakan kesinambungan daripada fasa pertama (2019–2023) yang telah melatih lebih 20,000 pekebun kecil di seluruh negara dalam amalan pengeluaran minyak sawit mampan.

“Kami berharap lawatan ini akan memperkukuh kerjasama global dan membawa inspirasi baharu ke arah industri sawit yang lestari dan inklusif, bukan hanya di Sabah tetapi di seluruh dunia,” tambah Philipa.

Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love