Sawit Kinabalu Laksana Inisiatif Konservasi Terumbu Karang, Penyu di Pulau Mabul

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Kota Kinabalu : Sawit Kinabalu Group menerusi anak syarikatnya, SKG Property Sdn Bhd (Sawit Property) melancarkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang menyasarkan pemuliharaan terumbu karang dan habitat penyu di Pulau Mabul, Semporna.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sawit Kinabalu Group Stella Ambrose berkata, inisiatif itu juga membuktikan komitmen padu terhadap pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

ADS

Katanya, ia juga adalah bagi mengaplikasikan pendekatan saintifik untuk menghidupkan semula ekosistem marin yang semakin terancam. 

Menurutnya, inisiatif itu dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (BMRI-UMS) dan One Ocean Empire.

“Fokus utama adalah pembangunan tapak semaian karang, pembiakan 200 koloni karang, perlindungan dua sarang penyu, serta latihan komuniti setempat bagi mendukung usaha pemuliharaan laut dan memperkukuh ekopelancongan di kawasan berkenaan.

“Kami percaya pemeliharaan alam sekitar dan kemajuan perniagaan boleh bergerak seiring.

“Dengan pelancaran Eden Suites tidak lama lagi, kami berbangga menyokong usaha yang mengekalkan keindahan semula jadi Semporna, destinasi pelancongan yang menjadi kebanggaan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis penyerahan cek simbolik bernilai RM10,000 kepada BMRI-UMS dan RM20,000 kepada One Ocean Empire di Ibu Pejabat Sawit Kinabalu Group di sini hari ini.

BMRI-UMS diwakili Timbalan Pengarahnya Profesor Madya Dr. Zarinah Waheed dan One Ocean Empire diwakili Pengasasnya, Monica Chin.

Majlis turut dihadiri oleh pengurusan kanan Sawit Kinabalu Group serta wakil PropNex Malaysia Sabah, menandakan komitmen bersama dalam memperkasakan projek-projek kelestarian di rantau ini.

Projek Eden Suites, yang bakal menjadi permata baharu Plaza Semporna, menawarkan 488 unit suite komersial premium yang direka untuk pelancong yang mengutamakan keselesaan dan keprihatinan terhadap alam sekitar. 

Terletak berhampiran tapak selaman bertaraf dunia seperti Pulau Sipadan, Eden Suites menyatukan kemewahan, kemudahan moden dan prinsip kelestarian dalam satu destinasi eksklusif.

Sawit Property percaya bahawa pelaburan dalam pemuliharaan marin bukan sahaja memelihara khazanah alam, malah meningkatkan daya saing Semporna sebagai destinasi utama ekopelancongan Asia. – SABAH MEDIA / FOTO SAWIT KINABALU

Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love