Pada 23 Ogos 2024, Unit Konservasi dan Biodiversiti dijemput sebagai pempamer semasa mesyuarat Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan International Sustainability & Carbon Certification (ISCC) Sawit Kinabalu (Sandau Kompleks) bertempat di Dewan Ladang Sandau.
Dalam masa yang sama, kakitangan Unit Konservasi dan Biodiversiti iaitu En. Herman Matanggal dan En. Rayner Philip turut menyertai mesyuarat tersebut dalam perbahasan berkaitan agenda yang diketengahkan oleh pihak berkepentingan (stakeholder) di sekitar Sandau Kompleks iaitu Ladang Sandau, Ladang Mensuli, Ladang Boonrich dan Kilang Sandau.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang berkunjung ke pameran Unit Konservasi & Biodiversiti semasa mesyuarat JCC / stakeholder Sandau Kompleks.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.