Seramai 39 orang pelajar tahun 3 Program Perladangan Hutan dan Perhutanan Tani (UH6623002/HG23), Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah yang diketuai oleh Dr Affendy Hassan telah melawat ke Kawasan Konservasi Sg Pin pada 22hb Mei 2024. Lawatan tersebut merupakan lawatan ke-2 yang diselia oleh Dr Affendy dibantu oleh Penolong Pegawai Sains En. Seliman.
Pada sesi pagi, lawatan tersebut tertumpu pada aktiviti rentas hutan di Bukit Mansuli yang merupakan “lowland mixed dipterocarp forest” yang tidak pernah diteroka. Susulan itu mereka juga dibawa untuk melawat tapak “forest seed garden/agroforestry sg pin”. Lawatan kemudian diteruskan ke Bukit Pongo yang diketuai oleh Pn. Rashidah Maqbool dan Blasius Jailis, dimana para pelajar tersebut telah diperkenalkan dengan projek penanaman pokok ara menggunakan tiga jenis kaedah penanaman iaitu kawalan (control), bambu dan poket tanah (soil pocket).
Pada sesi petang, rombongan pelajar tersebut telah dibawa untuk menyusuri Sungai Kinabatangan.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.