Program Kesedaran Pengurusan Alam Sekitar dan Taklimat Pengenalan Kepada Environmental Self-Regulation (ESR) dan Standard Operation Procedure (SOP) bagi Aktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Sabah bersama Kumpulan Sawit Kinabalu

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

KOTA KINABALU, 23 Mei 2024 : Program Kesedaran Pengurusan Alam Sekitar dan Taklimat Pengenalan Kepada Environmental Self-Regulation (ESR) dan Standard Operation Procedure (SOP) bagi Aktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Sabah bersama Kumpulan Sawit Kinabalu telah diadakan pada 21 Mei 2024 di Menara Kinabalu. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Victor Ationg selaku Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif bersama-sama dengan 21 pengurusan atasan Kumpulan Sawit Kinabalu.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Tuan Vitalis J. Moduying, menghargai inisiatif dan komitmen yang ditunjukkan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan yang mampan. Melalui pelaksanaan amalan pematuhan kendiri, pihak pemaju akan sentiasa memantau pelaksanaan langkah-langkah kawalan iaitu syarat-syarat alam sekitar yang dikeluarkan oleh Jabatan tanpa menunggu tempoh pengauditan yang biasanya dijalankan secara berkala. Jabatan percaya melalui amalan ESR, kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan diminimumkan dan isu-isu alam sekitar di lapangan dapat ditangani dengan segera sebelum menjadi lebih signifikan. Sebagai tanda penghargaan kepada Kumpulan Sawit Kinabalu, Pengarah JPAS mengakhiri ucapan beliau dengan dua rangkap pantun:

ADS

Menara Kinabalu tersergam indah,
Tempat JPAS datang bertandang,
Sawit Kinabalu berdiri gagah,
Menjadi aset negeri gemilang.

JPAS dilamar untuk berkongsi,
Dalam usaha menjaga bumi,
Sawit dan JPAS bergabung meletup,
Pintu kerjasama jangan ditutup.

Source: Environment Protection Department

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love