Sebagai langkah susulan daripada Bengkel Kraftangan berasaskan Manik yang telah diadakan pada 13hb – 15hb November 2023, Unit Konservasi dan Biodiversiti (CBU) telah mengadakan perbincangan susulan bersama dengan peserta-peserta tersebut daripada Kg. Batu Puteh, Kg. Mengaris, Kg. Paris 1 dan Ladang Sg. Pin pada 2 April 2024. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memastikan peserta sebelum ini dapat mengaplikasikan kemahiran membuat kraftangan (kalung, gelang, cincin dan lain-lain produk berasaskan manik dan dalai).
Untuk memastikan pembangunan kraftangan tempatan berkekalan, Unit ini juga bakal mewujudkan satu hab komuniti sebagai One Stop Centre (OSC) yang akan menjadi pusat setempat untuk mengumpul hasil kraftangan dan hasil-hasil lain yang juga akan memaparkan kebudayaan penduduk setempat. Inisiatif ini diharap akan membantu penduduk setempat terutamanya golongan wanita untuk mendapatkan punca pendapatan tambahan. Sesi perbincangan tersebut diakhiri dengan pemberian sumbangan bahan-bahan manik kepada setiap peserta.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.