Menjejaki Kehidupan Orangutan Borneo

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Sabah bukan sahaja terkenal untuk kecantikan pulau yang memukau malah ia juga popular bagi ekopelancongan lain iaitu melihat habitat orangutan. Orangutan atau manusia hutan adalah mamalia terbesar yang hidup di atas pokok. Sabah menjadi salah satu tempat terbaik untuk menyaksikan mereka dalam habitat semula jadinya.

Spesies Orangutan

Orangutan Borneo ialah satu-satunya genus mawas terbesar yang berasal dari Asia. Terdapat tiga subspesies orangutan Borneo, iaitu Pongo Pygmaeus Morio yang boleh ditemui di Kalimantan Timur dan Sabah, Pongo Pygmaeus Pygmaeus di Barat Laut Kalimantan dan Sarawak, Pongo Pygmaeus Wurmbii di Barat Selatan dan Kalimantan tengah. Setiap subspesies orangutan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang hanya boleh dibezakan mengikut lokasi atau melalui ujian genetik.

ADS

Umumnya, orangutan Borneo mempunyai bentuk badan yang tersendiri dengan bulu kasar dan panjang yang berwarna oren, perang atau merah ‘maroon’. Selain itu, mereka mempunyai tangan yang kuat dan panjang bagi memanjat atau bergayut melalui kanopi hutan.

Pemakanan

Pemakanan orangutan terdiri daripada 60% buah-buahan hutan seperti kedondong, mangga pisang, buah ara, laici dan lain-lain. Selain itu, ia juga makan daun, kulit kayu, serangga, telur burung, sarang labah-labah, bunga dan kadang-kadang tanah yang kaya dengan nutrisi.

Tempat Melawat

Pelancong boleh melawat antara dua tempat popular di Sabah untuk melihat habitat orangutan yang hidup bebas dalam hutan serta masih dipelihara bagi membantu usaha konservasi spesies ini daripada semakin pupus.

Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok

Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok yang terletak di Sandakan, Sabah adalah tempat perlindungan orangutan yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan orangutan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semula jadi apabila tiba masanya. Para pelancong dapat melihat kehidupan orangutan secara dekat di dalam habitat semula jadinya dan menyaksikan bagaimana orangutan diberi makanan.

Lembah Danum

Lembah Danum atau lebih dikenali sebagai ‘Danum Valley Conservation Area’ yang terletak di pedalaman Sabah adalah antara hujan hujan tropika tertua di dunia. Ia menawarkan pengalaman eksklusif untuk menyelami kehidupan orangutan, monyet proboscis, beruang, kera bangkatan, kancil, banyak spesies burung dan serangga.

Selain daripada orangutan, pelancong juga berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan lain melalui aktiviti meninjau hutan pada waktu malam, mendaki hutan, mandi di sungai, memerhati burung dan aktiviti ekopelancongan lain yang disediakan untuk menjelajahi keunikan alam semula jadi Sabah.

Kawasan Konservasi Sungai Pin Sandakan

Kawasan Konservasi Sungai Pin Sandakan adalah salah satu destinasi ekopelancongan yang menarik di Sabah, Malaysia. Terletak di sekitar Sungai Pin, kawasan ini menjadi tempat perlindungan untuk pelbagai spesies flora dan fauna, termasuklah orangutan Borneo. Terdapat jambatan orangutan yang dibina hasil kerjasama dengan PONGO Alliance dan HUTAN untuk memudahkan orangutan merentasi Sungai Pin. Pelancong juga dapat menikmati pengalaman unik ini serta boleh memahami usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan di sini.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love