Seramai 52 orang penduduk kampung dari Kg Batu Puteh, Kg Mengaris I dan Kg Mengaris II telah hadir ke sesi perbincangan bersama Unit Konservasi & Biodiversiti pada 13hb Februari 2024 bertempat di dewan terbuka KOPEL BHD.
Tujuan utama sesi perbincangan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada penduduk kampung yang berhampiran dengan kawasan Konservasi Sg Pin berkenaan isu dan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan permohonan lesen, kad pengenalan, dan lain-lain yang berkaitan.
Diharapkan melalui perbincangan awal ini satu sesi perkhidmatan komuniti mudah alih (Mobile Community Services) akan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan SPnCA menjadi sebagai pusat bagi perkhidmatan tersebut. Sesi perbincangan ini merupakan sesi pertama yang dianjurkan oleh Unit Konservasi dan Biodiversiti dan akan dilakukan secara berperingkat.
Facebook: Sg Pin Conservation Area