KINABATANGAN: Tiga (3) wakil daripada Unit Konservasi dan Biodiversiti, SKG Green Sdn. Bhd. telah menghadiri Pesta Mongumo (Berladang) sebagai pempamer untuk mengetengahkan inisiatif konservasi, aktiviti ekopelancongan, serta produk kraftangan berasaskan manik sebagai usaha mempromosikan kelestarian alam sekitar dan pembangunan komuniti. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Etnik Sukang Sabah (PKESS) dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) pada 10 Ogos 2025.



Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan pesta tersebut, antaranya persembahan pentomin (lakonan), pertandingan Ibu Anggun, serta acara sukan tradisional seperti angkat berat dan melastik. Selain itu, turut diadakan jualan makanan tradisional, pameran budaya, serta persembahan muzik dan tarian etnik yang menyerlahkan kepelbagaian warisan masyarakat setempat. Kehadiran pengunjung yang ramai, termasuk pelancong tempatan dan luar, menambahkan lagi kemeriahan suasana pesta ini serta menjadikannya platform penting untuk memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan budaya dan alam sekitar.


Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.