Sabah Terima 3.14 Juta Pelancong Tahun Lalu, Resit Pelancongan Melonjak RM7.28 Bilion

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Oleh Izwan Abdullah

KOTA KINABALU: Sabah mencatat peningkatan resit pelancongan kepada RM7.28 bilion tahun lalu, berbanding RM5.76 bilion pada 2023, kenaikan sebanyak RM1.52 bilion.

ADS

Resit pelancongan merujuk kepada perbelanjaan pelancong asing termasuk kos penerbangan dan bayaran bagi pelbagai perkhidmatan di destinasi tujuan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew, berkata ia adalah hasil kedatangan 3.14 juta pelancong ke negeri itu, melebihi sasaran tiga juta pelancong ditetapkan pihaknya.

“Secara keseluruhan, industri pelancongan di Sabah mencatat pertumbuhan positif sebanyak 20.4 peratus tahun lalu berbanding 2023 dengan jumlah ketibaan pelawat seramai 3,147,480, melebihi sasaran tiga juta ditetapkan untuk 2024.

“Anggaran resit pelancongan pada 2024 ialah RM7.28 bilion, iaitu RM1.52 bilion lebih tinggi berbanding 2023 (RM5.76 bilion),” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kementeriannya di sini, malam tadi.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Josie Lai.

Liew berkata, pencapaian sektor pelancongan di Sabah tahun lalu menunjukkan pemulihan 75 peratus selepas pandemik COVID-19.

“Pencapaian kadar pemulihan itu didorong pertumbuhan pasaran domestik dan negara serantau seperti China dan Brunei.

“Jumlah ketibaan antarabangsa secara keseluruhan pulih 86 peratus daripada tahap prapandemik.

“Pasaran sasaran seperti China, Indonesia, Filipina, Taiwan, Jepun, India dan Eropah juga mencatat pertumbuhan positif,” katanya.

Berikutan pencapaian itu, pihaknya menyasarkan untuk mencapai 3.5 juta pelancong tahun ini menerusi pelbagai usaha promosi, termasuk di luar negara dengan 11 program promosi luar negara dirancang sepanjang tahun ini.

Katanya, antara sasaran pasaran baharu ialah Russia bagi menarik kedatangan pelancong dari negara itu terutama pada musim sejuk, selain pasaran Australia dan India.

“Kerajaan menyokong usaha kita dalam meningkatkan sektor pelancongan Sabah dan kita yakin dengan perancangan yang dilaksanakan dapat mencapai sasaran kedatangan pelancong pada tahun ini,” katanya.

Liew berkata, pencapaian sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang kini berada di penghujung, memberi impak signifikan kepada pembangunan Sabah.

Berikutan itu, kementeriannya perlu menilai pencapaian secara menyeluruh sepanjang RMKe-12 untuk merangka perancangan yang lebih kukuh pada RMKe-13.

“Dalam peralihan ke RMK-13, kita akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi bagi memperkukuh industri pelancongan, memartabatkan kebudayaan dan memperkukuh agenda pemuliharaan alam sekitar.

“Inisiatif seperti peningkatan infrastruktur pelancongan, pemeliharaan warisan budayadan alam sekitar akan terus diperhebatkan bagi memastikan kesinambungan usaha pembangunan mampan Sabah,” katanya.

Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love