Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia 2.0 Kuat Kuasa Hari Ini, Syarat Lebih Tegas, Komprehensif

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Oleh Bernama

KUALA LUMPUR: Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) berkuat kuasa secara rasmi hari ini, memperkenalkan garis panduan yang lebih tegas mengenai kemampanan, kebolehkesanan dan amalan etika dalam pengeluaran minyak sawit.

ADS

Dalam kenyataan hari ini, MSPO menjelaskan, MSPO 2.0 menambah baik Piawaian MSPO 2013 asal, dengan mengguna pakai syarat yang lebih tegas dan komprehensif, selaras dengan piawaian global semasa dan jangkaan terhadap amalan kemampanan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan tadbir urus.

“Sejak diperkenalkan pada 2013, pensijilan MSPO mandatori telah menjadi teras kepada komitmen Malaysia terhadap kemampanan dan ketelusan.

“Audit pensijilan MSPO dijalankan oleh badan pensijilan bertauliah pihak ketiga yang bebas, memastikan piawaian tertinggi dari segi integriti dan kebolehpercayaan,” kata MSPO.

Menurut kenyataan itu, MSPO 2.0 membangunkan asas ini menerusi langkah-langkah kemampanan yang dipertingkatkan untuk mengekalkan kepimpinan Malaysia dalam pengurusan minyak sawit yang bertanggungjawab.

“Mekanisme kebolehkesanan yang komprehensif memastikan ketelusan rantaian bekalan manakala pengenalan pensijilan peniaga mandatori memperluas keperluan kemampanan melibatkan semua peringkat rantaian bekalan,” kata MSPO.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula berkata, MSPO 2.0 menunjukkan langkah seterusnya dalam memastikan minyak sawit Malaysia kekal sinonim dengan kemampanan dan kebolehpercayaan di pasaran global.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani/ – NSTP/Fail

“Melalui piawaian yang dipertingkatkan ini, kami melindungi masa depan industri minyak sawit kita dan pada masa sama terus menjadi ikutan di pentas global,” katanya.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love