Bagaimana Ekopelancongan Sabah Ubah Minda Negara Barat Terhadap Industri Sawit?

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Oleh Mohd Hasriq Amiruddin

SEBUT saja ekopelancongan, pasti berat kedengaran untuk memahaminya.

ADS

Lebih mudah jika kita sebut saja port melancong, port healing atau kawasan percutian.

Jika diikutkan sejarah, terma ecotourism atau eko pelancongan sudah mula digunakan seawal 1990-an oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai usaha menghubungkan kawasan lindungan hutan dan haiwan liar dengan sektor pelancongan.

Di Malaysia pula, sektor ekopelancongan mula diberi perhatian menerusi Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK ke-7) dan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK ke-8) dengan penubuhan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016-2025) pada tahun 2015.

Maka tidak hairan sektor tersebut semakin popular walaupun termanya kurang difahami rakyat tempatan tetapi lebih mesra kepada pelancong luar yang lebih awal didedahkan tentang destinasi pelancongan yang mengambil kira tentang penjagaan alam sekitar.

Pelancong tempatan dan luar negara boleh menikmati panorama yang memukau sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan. — MPOGCF

Sabah misalnya merupakan negeri di Malaysia yang mempunyai potensi besar dalam mempromosikan ekopelancongan berdasarkan banyak lokasi menarik yang boleh diteroka di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Sebagai pengeluar minyak sawit mentah terbesar negara, kewujudan ladang komoditi berskala besar pastinya mengundang persepsi liar terutamanya daripada negara Barat bahawa banyak kawasan alam sekitar terpaksa dikorbankan demi menjana hasil daripada sawit.

Ternyata persepsi itu tidak tepat memandangkan Sabah masih menjaga dengan baik sumber buminya dengan projek dan program pemuliharaan serta pemeliharaan alam sekitar dan hidupan liar.

King Fisher atau Burung Raja Udang antara spesies burung yang sukar ditemukan pada masa kini. — MPOGCF

Menceritakan lebih mendalam soal ekopelancongan di Sabah, Pegawai Eksekutif Pemuliharaan MPOGCF, Daniel Pamin berkata, usaha ini ada terkait dengan Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan tindakan negara Barat memboikot minyak sawit Malaysia .

“Mereka (negara Barat) mendakwa kononnya kita tidak menjaga kelestarian alam, melakukan penebangan hutan dan tidak melindungi hidupan liar.

“Jadi bagaimana ekopelancongan boleh mengubah persepsi mereka?,” soalnya.

Burung enggang menjadi tarikan utama untuk dilihat pelancong asing kerana tidak banyak negara menjadi habitatnya. — MPOGCF

Daniel berkata, ekopelancongan di Sabah mempunyai keunikan tersendiri disebabkan ada ‘hubungan’ antara industri minyak sawit, kawasan hutan dan hidupan liar di sini.

“Seperti yang anda lihat baru-baru ini iaitu kelibat gajah di kawasan ladang sawit menunjukkan situasi unik yang mana kita boleh bawa pelancong untuk melihat haiwan tersebut walaupun di kawasan bukan habitat liar tetapi terletak di pintu hutan simpan.

Pemandangan yang sukar dilupakan ketika melihat matahari terbenam di Sungai Kinabatangan. — MPOGCF

“Situasi ini hanya berlaku di sini kerana kita tidak meletakkan pagar elektrik untuk menghalang gajah daripada memasuki kawasan ladang.

“Jadi di sini, kita sebenarnya memperkenalkan konsep hidup bersama antara manusia dan hidupan liar. Inilah keindahan kisah ekopelancongan,” katanya.

Dengan cara itu kata Daniel, ekopelancongan di Sabah dapat membuktikan bahawa persepsi negatif dari Barat adalah salah.

“Memang benar kita tidak boleh kembali seperti keadaan (Sabah) dulu yang dipenuhi hutan.

Kelibat sang bedal yang sempat dirakamkan ketika menyusuri Sungai Kinabatangan. — MPOGCF

“Kita perlu berdepan realiti bahawa industri minyak sawit merupakan penyumbang utama ekonomi negara.

“Pada masa sama, kita juga perlu menjaga kelestarian alam sekitar,” ungkapnya.

Perlu diakui bahawa segala usaha MPOGCF bersama pihak berkepentingan lain ternyata membuahkan hasil memandangkan pertambahan jumlah kehadiran pelancong asing ke Sabah seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 2 November lalu.

MPOGCF juga komited untuk menyokong usaha memastikan habitat gajah Borneo tidak terancam dengan pertumbuhan sektor perladangan di Sabah. — MPOGCF

Menurutnya, Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, dengan 867,231 daripadanya adalah pelancong antarabangsa, manakala bakinya pelancong domestik.

Malah berdasarkan penelitian penulis sendiri, ramai pelancong asing terutamanya dari negara Eropah berkunjung ke lokasi ekopelancongan seperti di Sungai Kinabatangan untuk melihat habitat hidupan liar termasuk spesies unik seperti burung enggang, tenggiling dan banyak lagi. — Majoriti

Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love