KINABATANGAN, SABAH: Pada 29hb Oktober, seramai 11 orang pelajar Semester 2 Program Sijil Pengembaraan Pelancongan, Kolej Komuniti Sandakan berserta 2 orang Pensyarah pengiring telah melawat ke Kawasan Konservasi Sg Pin untuk melakukan amali praktikal di Bukit Mansuli (jungle hiking).

Perlaksanaan amali praktikal (penilaian akhir) bagi kursus SPL20253 – Operasi Agensi Pelancongan bagi Sesi I 2024/2025 tersebut adalah sebahagian daripada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi kursus tersebut.



Terima kasih Kolej Komuniti Sandakan kerana memilih Kawasan Konservasi Sg Pin bagi melakukan aktiviti amali praktikal, semoga pelajar-pelajar yang terlibat dengan amali tersebut telah mendapat sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan tentang operasi Unit Konservasi & Biodiversiti dalam mengurustadbir Kawasan Konservasi Sg Pin.

Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.