KOTA KINABALU, SABAH: Pada 16hb Oktober 2024 bertempat di SFERA UMS telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat UMS yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor.
Sambutan anjuran Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) UMS adalah kali ke-3 penganjurannya sejak kali pertama pada 22 Jun 2022.
Bertemakan Hutan dan Inovasi, sambutan kali ini turut diserikan dengan aktiviti penanaman 300 pokok pelbagai spesies yang dijayakan oleh warga UMS dan rakan strategik FPT termasuk 246 pelajar baharu FPT.
Pada majlis yang sama, sesi penyerahan Mock Cheque perjanjian penyelidikan antara Sawit Kinabalu dan FPT UMS bernilai RM50,000.00 turut dilakukan yang disempurnakan oleh En Nazlan Mohamad, Chief Sustainability Officer mewakili Group Managing Director Sawit Kinabalu.
Sumber: Universiti Malaysia Sabah Facebook Page
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.