Pesta Bunga dan Buah-buahan Indigenous di Taman Pertanian Sabah, Lagud Sebrang Tenom

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

TENOM, SABAH: En. Blasius dan En. Micko Mell mewakili Unit Konservasi & Biodiversiti (CBU) telah menghadiri Pesta Bunga dan Buah-buahan Indigenous, anjuran Jabatan Pertanian Sabah di Taman Pertanian Sabah, Lagud Sebrang Tenom yang bermula pada 26 September sehingga 30 September 2024. Pesta ini bukan hanya sebuah pesta yang menakjubkan, tetapi juga sebuah eksplorasi mendalam mengenai nilai sosial dan budaya disamping dapat menonjolkan kreativiti dalam seni dan hiasan bunga serta mempromosikan kepelbagaian buah-buahan Sabah yang menakjubkan!

Pesta tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai Pakej Agrotour seperti:
✅Pembiakan Tanaman Hiasan
✅Pembiakan Orkid
✅Buah-buahan Tropika
✅Ternakan Kelulut
✅Terrarium
✅Penghasilan Kompos
✅Seni

Sepanjang kursus selama lima hari tersebut, peserta berpeluang untuk menimba ilmu diiringi latihan amali yang dibimbing oleh kakitangan Jabatan Pertanian berkaitan asas pertanian. Bukan itu sahaja, pakej Agrotalk tentang Buah-buahan Indigenous yang disampaikan oleh En. Jain Linton dari Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang, Tenom dan Pn. Janet Grace Asing dari Seksyen Pembangunan Usahawan dan Industri Makanan turut menarik perhatian para peserta yang terlibat.

Sekalung penghargaan kepada Jabatan Pertanian Sabah atas peluang berharga ini. Kami berharap pengalaman ini akan dapat memperkaya pengetahuan berkaitan pertanian kepada kakitangan kami yang telah terlibat.

Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love