Pada 24 Ogos 2024, tiga (3) orang kakitangan Unit Konservasi & Biodiversiti (CBU) telah mengikuti Bengkel Asas Pertanian Teknologi Hidroponik di Politeknik Sandakan Sabah. Seramai 12 peserta yang lain dengan latar belakang pertanian serta pengusaha-pengusaha kecil turut menyertai ceramah tersebut yang disampaikan oleh Ts. Syed Muhammad Fauzi Alaydrus dari Habenero Training and Consultancy.
Para peserta turut berpeluang untuk mempraktikkan pembuatan reka bentuk paip PVC sistem hidroponik secara menegak dan mendatar. Perkongsian berkaitan sukatan, jenis dan cadangan baja yang sesuai mengikut jenis sayur turut diberikan seperti nutrien baja AB yang dilarutkan ke dalam air boleh diserap melalui akar tanaman.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur, Habenero Training and Consultancy diatas perkongsian ilmu dan praktikal berkaitan asas pertanian teknologi hidroponik. Diharap inisiatif ini dapat menyumbang kepada pembangunan pertanian secara hidroponik juga di CBU.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.