Kursus Renjer Hutan Kehormat Fasa 3 telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama antara Unit Konservasi dan Biodiversiti serta Unit Pembangunan Bakat (TDU) dengan Jabatan Perhutanan Sabah. Kursus ini diadakan di Ibu Pejabat Sawit Kinabalu, Menara Kinabalu, dari 27 hingga 29 Ogos 2024. Seramai 29 peserta dari unit operasi Lahad Datu, Sandakan, dan Tawau menyertai kursus selama tiga hari ini.
Kursus ini memberi penekanan kepada aspek penguatkuasaan undang-undang Jabatan Perhutanan Sabah dan Enakmen Hutan 1968, etika penggunaan kekerasan dalam penguatkuasaan, teknik penyediaan laporan polis, serta pengawalan orang yang ditahan. Pada hari terakhir, para peserta membentangkan isu-isu berkaitan pencerobohan hutan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Pembentangan dinilai oleh En. Jurimin Ebin, Pegawai Perhutanan Wilayah Sandakan, dan En. Peter Jack, Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang kursus, serta kepada Jabatan Perhutanan Sabah atas kejayaan Kursus Renjer Hutan Kehormat Fasa ke-3 ini. Diharapkan inisiatif ini dapat memberikan panduan berguna kepada unit operasi Sawit Kinabalu dalam menangani isu pencerobohan hasil hutan dalam operasi perladangan.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.