Pada 22 Ogos 2024 bertempat di KOPEL Kinabatangan, Eksekutif Konservasi CBU telah dijemput oleh Islamic Tourism Centre (ITC) satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebagai salah satu penceramah bagi bengkel latihan untuk projek kajian di bawah Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) “Rebuilding Rural Tourism In APEC Economies By Utilizing Green Recovery Strategies” dengan topik bertajuk “The Role of Oil Palm Companies in Supporting Community-Based Tourism (CBT)”.
Tujuan projek ini diadakan adalah untuk membangunkan kapasiti dan daya tahan negara-negara di bawah ekonomi APEC luar bandar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan mengenalpasti faktor kejayaan kritikal dan amalan terbaik dalam melaksanakan Pemulihan Hijau (Green Recovery). Selain itu, projek ini juga merupakan satu platform bagi komuniti luar bandar untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan negara-negara di bawah ekonomi APEC yang lain.
Terima kasih ITC di atas jemputan tersebut dan diharap ini akan menjadi satu titik permulaan untuk kerjasama selanjutnya.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.