Pada 20 Ogos 2024 Unit Konservasi dan Biodiversiti dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah (Tawau) telah mengadakan satu Program Kesedaran dan Keselamatan berkaitan konflik antara gajah dan manusia bertempat di Pejabat Sawit Kinabalu Ladang Merotai Besar, Tawau. Perkongsian berkaitan pengurusan gajah tersebut diberikan oleh Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sabah (Tawau), En. Primus Lambut.
Konflik melibatkan hidupan liar dan gajah khususnya dengan manusia di sekitar Ladang Merotai Besar Tawau dan pekebun-pekebun kecil setempat yang terjejas merupakan agenda utama yang cuba diatasi dalam program tersebut. Dengan adanya garis panduan serta penerapan ilmu berkaitan pengurusan gajah, diharap pihak yang terlibat serta pengusaha dapat bersama-sama mengurus konflik yang melibatkan hidupan liar dengan lebih cekap pada masa hadapan jika terdapat sebarang kejadian yang seumpamanya.
Terima kasih diatas penglibatan Ladang Merotai Besar Tawau, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) serta ketua kampung yang mewakili komuniti setempat. Diharap inisiatif ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu yang berguna kepada semua yang telah terlibat.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.