Pada 18 Ogos 2024, Unit Konservasi dan Biodiversiti merupakan antara pempamer yang terlibat bersempena dengan Sambutan Hari Orang Utan Sedunia 2024 (World Orangutan Day 2024) bertempat di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sandakan yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi. Pengurus Besar Sustainability Division, Sawit Kinabalu, En. Nazlan Mohamad turut hadir semasa acara perasmian tersebut. Sambutan Hari Orang Utan Sedunia 2024 tersebut dianjurkan hasil kerjasama antara Malaysian Palm Oil Green Conservation Fund (MPOGCF) bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) yang menumpukan komitmen industri sawit di Malaysia terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.
Semasa ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, beliau turut menghargai komitmen dan inisiatif Sawit Kinabalu dalam memulihara populasi orang utan di Kawasan Konservasi Sg. Pin di Kinabatangan yang giat dilaksanakan sejak tahun 2003 lagi. Ia adalah salah satu usaha konservasi yang dilakukan dengan kerjasama kolektif bersama pelbagai rakan konservasi Sawit Kinabalu.
Selain itu, terima kasih diucapkan kepada semua yang berkunjung ke pameran Unit Konservasi & Biodiversiti semasa Sambutan Hari Orang Utan Sedunia 2024 tersebut.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.