Seramai 3 orang pelajar daripada Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan kedua ke Kawasan Konservasi Sg Pin bagi tujuan pengambilan dan pengumpulan data bagi memenuhi keperluan Projek Tahun Akhir mereka pada 13 Ogos sehingga 15 Ogos 2024. Tiga projek tersebut adalah seperti berikut:
- Penilaian potensi sumber untuk Pembangunan projek pelancongan di kawasan konservasi Sg Pin, Kinabatangan;
- Factors influencing destination image at SPnCA dan
- Kajian ke atas kualiti air Sungai dan kepentingan Sg Pin, Kinabatangan kepada komuniti setempat.
Pengambilan data selama tiga hari tersebut dimulakan dengan aktiviti menelurusi Sungai Kinabatangan dan Sg Pin bagi pengambilan sampel air untuk mengkaji kualiti air Sungai Kinabatangan dan Sg. Pin. Rentas hutan Bukit Mansuli pula dilaksanakan pada hari kedua bertujuan untuk meninjau dan menilai kawasan tersebut dari segi sumber atau produk yang boleh dipasarkan atau dipromosikan sebagai produk pelancongan di Sg Pin.
Pada hari terakhir, para pelajar tersebut juga berpeluang untuk merentasi Bukit Pongo pada sesi pagi dan menjalankan sesi temu bual bersama komuniti/penduduk di sekitar kawasan Kg. Mengaris, Kinabatangan pada sesi petang. Temubual tersebut adalah bertujuan untuk menilai dan mendapatkan pandangan dan persepsi komuniti terhadap operasi eko-pelancongan dan konservasi yang dijalankan oleh Unit Konservasi dan Biodiversiti. Aktiviti memerhati bintang dan langit (Stargazing) turut dilakukan bagi menilai potensi aktiviti tersebut sebagai aktiviti eko-pelancongan tambahan di Sg. Pin.
Diharap hasil daripada kajian-kajian tahun akhir pelajar-pelajar FPT UMS ini akan dapat menambah nilai eko-pelancongan yang terdapat di Sg. Pin dan terima kasih kerana memilih Kawasan Konservasi Sg Pin sebagai tapak untuk projek akhir tahun pelajar-pelajar tersebut.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.