Pada 14 Ogos 2024, seramai 10 orang kakitangan Unit Konservasi & Biodiversiti (CBU) yang diketuai oleh Pengurus Unit, En Charis Saliun telah melawat ke Aki Garden di Kg. Sentosa Jaya, Kinabatangan untuk meninjau sistem pertanian moden menggunakan kaedah tanaman hidroponik. Kawasan tersebut diusahakan oleh pengusaha tempatan, En Nur Firdaus Muhammad Furqan bin Ariffin dan diusahakan secara sendiri bersama ahli keluarganya.
Tujuan utama lawatan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan serta peluang kepada para peserta untuk lebih memahami dan melihat secara langsung konsep penanaman menggunakan teknologi pertanian moden memandangkan Unit CBU adalah dalam usaha untuk menuju kearah agro pelancongan pada masa hadapan.
Lawatan tersebut dimulakan dengan penerangan berkaitan peralatan buatan sendiri yang digunakan dalam kaedah penanaman hidroponik, kaedah pengawalan serangga, pembersihan, penyemaian dan penuaian oleh En Furqan.
Terima kasih diatas perkongsian yang diberikan oleh pihak Aki Garden kepada Unit CBU. Diharap lawatan ini dapat menjadi panduan kepada pihak CBU dalam pelaksanaan sistem pertanian hidroponik kelak di CBU.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.