Brosur Sawit Kinabalu Machinery Electric Vehicle
Pada 12hb Ogos 2024, seramai 13 orang daripada Malaysian Palm Oil Board (MPOB) yang diketuai oleh En. Azman Isail telah melawat ke Ladang Sg. Pin di Kinabatangan untuk melihat penggunaan Sawit Kinabalu Machinery Electric Vehicle (SKM EV) yang menggunakan kuasa bateri dalam aktiviti perladangan Sawit Kinabalu. Rombongan tersebut telah disambut oleh Pengurus Kanan Sawit Kinabalu Machinery Sdn. Bhd., En Stephen Lansing, beserta Pengurus Unit Konservasi & Biodiversiti En Charis Saliun dan En John Guka Penolong Pengurus Ladang Sg Pin di Pejabat Ladang Sg Pin. Semasa di pejabat Sg Pin rombongan telah diberikan penerangan berkenaan aktiviti ladang dan aplikasi penggunaan mekanisasi tersebut.
Lawatan diteruskan ke Kawasan Konservasi Sg. Pin dimana aktiviti river cruise dilakukan di Sg Pin bagi melihat dua daripada tiga jambatan orang utan yang terdapat di Sg Pin.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.