Pada 24 Julai 2024, Unit Konservasi dan Biodiversiti yang diketuai oleh En. Blasius Jailis telah mengadakan lawatan ke Lamag Wildlife Adventure, Tanjung Bulat Jungle Camp Kinabatangan bersama 4 orang wakil dari Danau Girang Field Centre (DGFC). Lawatan ini adalah untuk membuat ‘site reece’ yang dijalankan oleh penyelidik dari DGFC diketuai oleh Ms Amanda. Antara kajian yang akan dilakukan oleh Penyelidik daripada DGFC di Kawasan Tanjung Bulat ialah berkenaan Tengilling dan Kucing Hutan.
Tanjung Bulat Jungle Camp telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh En. Haji Salleh sebagai destinasi ekopelancongan dengan menerapkan usaha untuk penanaman ‘fast growing tree’ seperti spesies pokok Bongkol dan Sepat. Kini, pusat ekopelancongan tersebut menawarkan pakej penginapan yang diselia oleh Mr. Apek selaku pengurus operasi Lamag Wildlife Adventure.
Terima kasih diucapkan kepada Tanjung Bulat Jungle Camp di atas sambutan yang mesra tersebut dan diharapkan usaha untuk melakukan kajian berkaitan oleh DGFC akan dapat dijalankan dengan kerjasama daripada Lamag Wildlife Adventure.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.