Pada 22 Julai 2024, seramai 27 orang yang terdiri daripada kakitangan Mill Sawit Kinabalu telah membuat lawatan ke Pejabat Unit Konservasi dan Biodiversiti untuk melakukan aktiviti rentas hutan di Bukit Mansuli dan River Cruise di Sg Pin dan dibantu oleh 3 orang sekuriti dari Ladang Sg. Pin bagi memastikan keselamatan pelawat tersebut semasa melakukan aktiviti di SPnCA.
Selain dapat mempromosikan aktiviti ekopelancongan yang terdapat di Kawasan Konservasi Sg. Pin, ‘Bucket Hat’ yang merupakan salah satu produk terbaru CBU turut mendapat sambutan daripada rombongan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada Mill Sawit Kinabalu kerana memilih kawasan konservasi Sg. Pin sebagai destinasi untuk meluangkan masa serta merapatkan hubungan sesama unit operasi dalam Sawit Kinabalu dan diharap berjumpa lagi dimasa hadapan untuk aktiviti yang lain.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.