Pada 13 Julai 2024, seramai 31 orang yang terdiri daripada Gender Committee Ladang Sandau, Lahad Datu telah membuat lawatan ke Pejabat Unit Konservasi dan Biodiversiti untuk melakukan aktiviti rentas hutan di Bukit Mansuli dan River Cruise di sepanjang sungai Kinabatangan.
Kunjungan pertama komiti tersebut dipenuhi dengan pengalaman yang menarik dikongsi bersama. Tambahan pula, rombongan tersebut terdiri daripada kakitangan Sawit Kinabalu juga iaitu Ladang Sandau, Lahad Datu. Aktiviti-aktiviti seperti ini sekaligus dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan sesama unit operasi dalam Sawit Kinabalu.
Terima kasih diucapkan kepada Gender Committee Sandau kerana memilih kawasan konservasi Sg. Pin sebagai destinasi utama untuk mengisi masa lapang dan diharap berjumpa lagi dimasa hadapan untuk aktiviti yang lain.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.