Majlis Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 ConserveByU

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Pada 9 Julai 2024, Unit Konservasi dan Biodiversiti (CBU) bersama Unit Komunikasi Korporat (CCU) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (Sabah Forestry Department) telah menganjurkan Majlis Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 bertempat di Kawasan Konservasi Sg. Pin, Kinabatangan yang telah dirasmikan oleh En. Irfanshah Jambra (Pengurus Kanan Ladang Sg. Pin, Sawit Kinabalu) mewakili Pengurus Besar Wilayah Sandakan, Sawit Kinabalu dan turut dihadiri oleh En. Nazlan Mohamad (Pengurus Besar Sustainability Division, Sawit Kinabalu), En. Jurimin Ebin (Pegawai Perhutanan Wilayah Sandakan), En. Jamain Hj Alias (Pegawai Perhutanan Daerah Kinabatangan), ASP Mohd Arnest Arju (wakil Ketua Polis Kinabatangan), En. Azlan Husin (wakil Jabatan Hidupan Liar Kinabatangan), Dr. Faisal Mohd Noor (WWF-Malaysia), Dr. Affendy Hassan (Wakil Dekan Fakulti Perhutanan Tropika, UMS), En. Mohd Karim Chang Abdullah (Pengurus Besar Tian Siang Holdings Sdn Bhd), wakil Bringing Back Our Rare Animals (BORA), Project Coordinator Orang Juga, En. Saidal Udin (Pengurus KOPEL BHD), KRT Kg. Batu Puteh, KRT Kg. Mengaris, Guru Besar dan murid daripada Sekolah SK Batu Puteh, SK Paris dan SK Kota Kinabatangan.

Antara pengisian utama program adalah Kempen Penghijauan Malaysia dengan penanaman sebanyak 200 pokok (Laran- 100, Obah Merah – 50, Marabahai – 30 dan Tabebuia – 20), pameran Pendidikan Alam Sekitar daripada Sawit Kinabalu, Jabatan Perhutanan – Rainforest Discovery Centre, Jabatan Hidupan Liar, Orang Juga dan KRT Kg. Batu Puteh, Kinabatangan. Selain itu, pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti pertandingan mewarna untuk pelajar sekolah rendah, teka bilangan biji dan berat buah pokok ara dalam balang, dan cabutan tiket bertuah.

Diharap inisiatif ini dapat membantu masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar serta kearifan tempatan dalam konservasi alam semulajadi. Terima Kasih diucapkan kepada semua jemputan yang sudi hadir ke Kawasan Konservasi Sg. Pin bagi memeriahkan majlis Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 dan pihak yang berkesempatan untuk mengikuti sesi secara langsung (live) kami di laman rasmi Conservebyu by Sawit Kinabalu.

Sawit Kinabalu juga komited untuk terus menganjurkan program seperti ini dimasa hadapan bagi menyahut aspirasi Kerajaan Negeri Sabah dan menyokong proses pembangunan lestari dalam memastikan masa depan yang lebih kekal.

Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love