Pada 22 Jun 2024, seramai 49 orang yang terdiri daripada ahli kelab guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan telah membuat lawatan ke Pejabat Unit Konservasi dan Biodiversiti untuk melakukan aktiviti rentas hutan di Bukit Mansuli dan River Cruise di sepanjang sungai Kinabatangan.
Kunjungan tersebut juga dipenuhi dengan pengalaman yang menarik dikongsi bersama kakitangan sekolah disamping membuka peluang kepada kedua-dua pihak untuk saling berkenalan bagi mengeratkan silaturahim.
Terima kasih diucapkan kepada kakitangan SK Kota Kinabatangan kerana memilih kawasan konservasi Sg. Pin sebagai destinasi utama untuk aktiviti luar bagi kelab guru mereka.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.