Seramai 13 orang yang terdiri dari pensyarah, kakitangan dan pelajar daripada Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah diketuai oleh Dr Hamimah Talib telah melawat ke Kawasan Konservasi Sg Pin pada 27 dan 28 Mei 2024. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menjalankan penilaian potensi pembangunan ekopelancongan di SPnCA. Lawatan ini adalah salah satu keperluan di dalam ‘Research Agreement -RA’ yang telah ditandatangani di antara Sawit Kinabalu dan Fakulti Perhutanan Tropika, UMS.
Selain itu, sebanyak 7 kajian Projek Tahun Akhir (Final Year Project – FYP) akan dijalankan di SPnCA merangkumi pelbagai topik yang berkaitan dengan ekopelancongan oleh pelajar-pelajar Fakulti Perhutanan tersebut.
Pada hari pertama, rombongan tersebut dibawa untuk menyusuri Sungai Kinabatangan dan Sg Pin dan kawasan cadangan untuk tapak kafe dan “Container House”.
Pada hari kedua, lawatan tertumpu pada aktiviti rentas hutan di Bukit Mansuli dan Bukit Pongo yang dipenuhi dengan kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna. Seterusnya para pelajar tersebut turut berkesempatan untuk menjalankan penilaian FYP melalui sesi temu bual bersama kakitangan Unit Konservasi & Biodiversiti. Diharap lawatan singkat ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada Pensyarah dan Pelajar Fakulti Perhutanan Tropika, UMS terhadap cadangan pembangunan ekopelancongan di SPnCA yang seterusnya boleh dimajukan berdasarkan cadangan daripada kajian-kajian yang akan dilakukan kelak.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.