Pada 21 Mei 2024, seramai 19 orang yang terdiri daripada ahli kelab guru, kakitangan SK Batu Puteh serta SK Sentosa Jaya, Kinabatangan telah membuat lawatan ke Pejabat Unit Konservasi dan Biodiversiti untuk melakukan aktiviti rentas hutan di Bukit Mansuli dan River Cruise di sepanjang sungai Kinabatangan sempena dengan cuti peristiwa sekolah.
Kunjungan tersebut juga dipenuhi dengan pengalaman yang menarik dikongsi bersama kakitangan sekolah disamping menjalin hubungan untuk sebarang program pada masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada kakitangan SK Batu Puteh dan SK Sentosa Jaya, Kinabatangan kerana memilih kawasan konservasi Sg. Pin sebagai destinasi percutian mereka.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.