Unit Konservasi dan Biodiversiti mewakili Sawit Kinabalu telah dijemput untuk menjadi pempamer sempena Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Kinabatangan tahun 2024 bertempat di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan pada 16 Mei 2024. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Masiung Banah, ADUN N.57 Kuamut merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pempamer lain yang melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan, GLC dan NGO.
Semasa majlis tersebut, CBU telah mempamerkan dan menjual hasil kraftangan berasaskan manik peserta dari Kg. Batu Puteh, Kg. Mengaris, Kg. Paris 1 dan Ladang Sg. Pin. Kraftangan manik tersebut mendapat sambutan dari masyarakat dan tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Selain itu, peluang yang diperolehi sebagai salah satu pempamer ini turut digunakan oleh CBU untuk mempromosikan produk kraftangan manik tersebut dan potensi eko-pelancongan di Kawasan Konservasi Sg Pin.
CBU turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang Sugandoi Kinabatangan 2024 dan Unduk Ngadau Kinabatangan 2024 untuk bersaing dengan wakil daerah lain yang akan diadakan di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang nanti.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.