Seramai 14 orang yang terdiri daripada KRT Kg. Mengaris dan Ladang Kinabatangan telah hadir ke Pejabat Unit Konservasi dan Biodiversiti pada 18 Mei 2024. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalankan aktiviti rentas hutan di Bukit Mansuli yang bertempat di Kawasan Konservasi Sg. Pin. Selain dapat mengeratkan hubungan sesama jiran di sekitar kawasan Konservasi Sg. Pin, lawatan tersebut turut dilihat sebagai petunjuk baik inisiatif eko-pelancongan yang diterapkan oleh CBU disokong oleh komuniti setempat.
Terima kasih diucapkan kepada wakil KRT Kg. Mengaris dan Ladang Kinabatangan kerana memilih Kawasan Konservasi Sg. Pin sebagai destinasi bagi mengisi kegiatan pada masa lapang.
Follow our Facebook page ConserveByU for our latest updates.