Pembalakan dan Biodiversiti: Impak Terhadap Flora dan Fauna

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Hutan adalah khazanah alam berharga yang perlu dijaga untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Aktiviti pembalakan haram yang berleluasa menyebabkan gangguan pada habitat hutan, mengancam kelestarian dan menjadi punca berlaku bencana alam. Dengan ini, kenali antara kesan pembalakan agar dapat melindungi khazanah alam bagi generasi akan datang.

1. Kemusnahan Habitat Flora dan Fauna

Pembalakan merupakan satu kegiatan manusia dalam mengeksploitasi sumber kayu dan membuka kawasan untuk pembangunan. Salah satu kesan paling ketara daripada kegiatan ini adalah kemusnahan habitat flora dan fauna. Pembalakan berleluasa terutamanya pembalakan haram menjejaskan habitat haiwan dimana ia terpaksa berpindah mencari rumah baru untuk berlindung.

ADS

Secara tidak langsung, ia juga boleh membahayakan orang awam kerana berkeliaran luar dari hutan dan mengancam keselamatan manusia. Kehilangan habitat semula jadi ini bukan sahaja menyebabkan flora dan fauna pupus malah memusnahkan kawasan tadahan air dan menjejaskan keseimbangan ekosistem secara keseluruhan.

2. Peningkatan Kandungan Karbon Dioksida dan Meningkatkan Suhu Bumi

Kawasan hutan adalah penyerap karbon yang penting dalam menstabilkan kandungan atmosfera bumi yang membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida sekali gus mengurangkan kesan rumah hijau. Namun, dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan yang berleluasa, ia menjadi punca peningkatan pelepasan karbon dioksida di atmosfera bumi serta menyumbang kepada pemanasan global. Suhu bumi yang semakin meningkat akan memberi kesan pada corak cuaca, peningkatan aras laut, masalah kesihatan dan bekalan sumber makanan merosot.

3. Kejadian Banjir di Kawasan Tanah Rendah

Salah satu kesan pembalakan yang sering diabaikan adalah peningkatan kejadian banjir di kawasan tanah rendah. Hutan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan hidrologi. Pokok-pokok dalam hutan membantu menyerap air hujan dan mengurangkan aliran permukaan yang terus menuju ke kawasan rendah. Penebangan pokok menyebabkan aliran air menjadi lebih cepat dan tidak terkawal hingga mengakibatkan sungai melimpah dan terjadi banjir.

4. Pencemaran Sumber Air

Pembalakan tidak hanya merosakkan habitat daratan tetapi juga memberi kesan kepada sistem akuatik. Sisa-sisa pembakaran hutan dan bahan kimia daripada aktiviti pembangunan boleh meresap ke dalam sungai dan tasik yang menyebabkan pencemaran air. Ini bukan sahaja membahayakan hidupan akuatik tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan manusia yang bergantung kepada sumber air bersih.

5. Memusnahkan Edaran Nutrien Tanah

Edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap di bawah pokok hutan. Aktiviti pembalakan, ia menyebabkan rantaian dan nutrien tanah hilang dengan cepat kerana larian air permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol. Ia juga menyebabkan proses fotosintesis terjejas sekaligus memusnahkan edaran nutrien tanah.

Pembalakan bukan sahaja memberi kesan kepada flora dan fauna, tetapi juga mempengaruhi keseimbangan alam secara keseluruhan. Perlindungan dan pemuliharaan hutan serta ekosistem adalah penting untuk memastikan kelestarian hidupan liar dan keberlangsungan manusia. Oleh itu, langkah-langkah yang tegas perlu diambil untuk memastikan aset negara sentiasa dilindungi.

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love