Destinasi Memerhati Burung di Borneo, Nikmati Keunikan Fauna Tempatan

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Sabah merupakan salah satu destinasi popular bagi aktiviti memerhati burung kerana terdapat pelbagai spesies burung tempatan, migrasi dan jarang ditemui di sini. Antara spesies burung yang menjadi tarikan peminat burung adalah Bornean Bristlehead, Blue headed Pitta, Bornean Ground-cuckoo, Whitehead’s Trogon, Whitehead’s Spiderhunter dan Crimson Keaded Wood Oatridge. Jika anda juga adalah peminat burung maka lokasi berikut perlu dikunjungi untuk melihat burung-burung cantik dan unik.

1. Sub Station Sayap Taman Kinabalu

Sub Station Sayap Taman Kinabalu yang terletak di Kampung Sayap adalah salah satu sub station terkenal dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia daripada enam sub station lain di sini. Tempat ini popular bagi aktiviti ekopelancongan khususnya untuk berkhemah dan memerhati burung.

ADS

Terdapat lebih 100 spesies burung yang boleh dilihat di sini termasuk Red Chest Whistle, Black-sided Flowerpecker, Bornean Treepie, Bornean Barbet, Sunda Cuckoo Shrike, Ashy Drongos, Chestnut-crested Yuhina dan sebagainya. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti mendaki, bermandi-manda di air terjun, berkelah di tapak berkhemahan dan lain-lain.

Oriental darter

2. Pantai Tanjung Aru

Aktivit memerhati burung dari kawasan pantai pastinya memberi pengalaman unik dan tenang. Terletak di Kota Kinabalu, Pantai Tanjung Aru adalah salah satu lokasi srtategik untuk memerhati burung Borneo. Terdapat sekitar 15 hingga 20 jenis burung yang boleh dilihat jika pengunjung datang pada waktu sesuai. Antaranya adalah Burung Bayan Tengkuk Biru, Burung Tiong Jambul Cina and Burung Pipit Jawa, Green Imperial Pigeon, Pink Necked Green Pigeon, Olive Backed Sunbird, Brown Throated Sunbirds, Zebra Dove, Pied Thriller dan Dusky Munia.

Stork-billed kingfisher

3. Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site

Dikenali sebagai KK Wetlands, ia adalah salah satu tempat untuk melihat burung pantai atau burung air dan burung bermigrasi. Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site dikelilingi dengan hutan paya bakau yang terletak tidak jauh dari bandar dan menjadi tempat menyokong pelbagai biodiversiti. Terdapat 30 spesies paya bakau dan tumbuhan, 90 spesies burung tempatan dan migrasi serta lima spesies reptilia.

Anda boleh melihat burung di permukaan lumpur terutamanya semasa air surut. Antara burung yang boleh dilihat di sini adalah Chinese Egret, The Lesser Adjutant, Striated Heron, Stork-billed dan sebagainya. Waktu terbaik untuk melakukan aktiviti ini adalah antara pukul 8 hingga 10 pagi, 4 hingga 6 petang atau bermusim iaitu sekitar bulan September hingga Mac.

Storm Stork

4. Sungai Kinabatangan

Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang kedua di Malaysia dan merupakan habitat kepada pelbagai spesies burung air dan hidupan liar. Ia adalah syurga burung bagi peminat pemerhati burung terutamanya juru gambar dari seluruh dunia kerana terdapat lebih 240 spesies burung tempatan dan burung jarang ditemui. Antara spesies burung popular adalah Crested Serpent Eagle, Collared Kingfisher, Storms Stork, Dwarf Kingfisher, Malaysian Flycatcher, Black Hornbill dan the Majestic Rhinoceros Hornbill

Crested Serpent Eagle
Collared kingfisher
Wreathed hornbill
White-rumped shama

5. Taman Pulau Tiga

Taman Pulau Tiga yang terletak di Kuala Penyu, Sabah adalah pulau yang terbesar dengan keluasan 39,200 ekar dengan 1,500 ekar daripadanya meliputi kawasan Pulau Tiga, Pulau Kalampunian Damit dan Pulau Kalampunian Besar serta telah diwartakan sebagai taman laut pada tahun 1978.

Terdapat lebih 100 spesis burung Borneo dan migrasi yang boleh dilihat dengan mudah di sini. Burung Megapodes yang bersaiz ayam adalah jenis burung yang sangat popular di Taman Pulau Tiga. Terdapat juga burung spesis lain seperti Pied Hornbills, Magpies, Bulbuls, Sea Eagles, Pigeons, Sunbirds dan sebagainya boleh ditemui.

Oriental pied hornbill
Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love