Unit Konservasi & Biodiversiti (CBU) mewakili Kumpulan Sawit Kinabalu telah dijemput untuk menjadi pempamer sempena Sidang Kemuncak Sustainable Development Goals Malaysia Wilayah Sabah 2024 yang telah diadakan pada 25hb Januari 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu. Sidang tersebut telah dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).
Seramai enam orang Pegawai daripada Sawit Kinabalu telah terlibat semasa sesi tersebut dan dua orang Pegawai atasan telah hadir sebagai delegasi. Sidang tersebut turut disertai oleh 40 lebih pempamer lain yang melibatkan kerjasama antara agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, GLC, NGO, usahawan tempatan dan sektor swasta.
Pameran yang telah diadakan telah mempromosi fungsi agensi Kerajaan dan sektor swasta dan memberi kesedaran kepada rakyat, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan, melindungi alam sekitar dan memastikan kesejahteraan sejagat secara holistik.
Menarik lagi, pameran Kumpulan Sawit Kinabalu turut dikunjungi oleh tiga orang pemain bola sepak Sabah yang turut hadir ke sidang tersebut bagi acara Youth Joy.