Apa Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Terjumpa Orang Utan?

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

Secara semulajadi, orang utan adalah haiwan yang tidak bersifat agresif. Jika anda terserempak dengannya, sila berundur dan beri ia ruang untuk membolehkan ia beredar dan menjauhkan dirinya daripada anda.

Jika berhadapan dengan manusia, ia akan mengeluarkan bunyi kuat secara berulang kali. Tingkah laku ini menunjukkan yang ia berada dalam keadaan tertekan dan berasa ketakutan. Kadangkala, ia akan bertindak menjatuhkan ranting-ranting pokok, ini adalah isyarat yang ia berikan supaya anda berundur.

ADS
Walaupun orang utan mempunyai saiz yang besar, ia tetap mempunyai perasaan takut terhadap manusia.

Tidak seperti cara kita menghalau monyet, tindakan menghalau orang utan adalah suatu tindakan kurang efektif untuk membuatkan orangutan beredar pergi dari suatu kawasan.

Jangan cuba mengepungnya. Ia berasa amat selesa di kawasan berpokok dan selalunya akan cuba bergerak semula ke kawasan yang mempunyai hutan semulajadi. Apabila ia berada di atas tanah, ia akan berasa takut .

Ia mempunyai kekuatan yang berlipat ganda daripada manusia, oleh yang demikian, jangan cuba untuk menyerangnya kerana ia akan cuba menyerang anda semula untuk menyelamatkan dan mempertahankan dirinya.

Orang utan bukanlah monyet yang bersaiz besar.
Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love