Kinabalu Beef Diiktiraf Halal

Stay up-to-date by subscribing to ConserveByU’s Telegram channel.

Subscribe Now

KOTA KINABALU: Sawit Kinabalu Farm Products Sdn Bhd (SKFP), sebuah anak syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu telah menerima pengiktirafan sijil pengesahan Halal daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi produk syarikat tersebut iaitu Kinabalu Beef.

Penyerahan sijil pengesahan Halal tersebut telah disampaikan oleh MUIS yang diwakili oleh Datuk Seri Yahya Hussin selaku Yang Di-Pertua MUIS kepada Victor Ationg, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu di Kinabalu Meat Shop, Royal Plaza Putatan.

ADS

Turut menyaksikan penyerahan ini ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif bersama Pegawai Eksekutif Ramlan Awang Ali.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat tersebut menyasarkan lebih banyak peluang dari segi perkembangan perniagaan jualan daging ke luar negeri di mana permintaan terhadap daging yang dijamin Halal dan mampan kian meningkat dan berharap dapat mengisi jurang permintaan tersebut.

Victor Ationg berkata, SKFP telah menjadikan satu keutamaan bagi memastikan semua proses pengeluaran produk Kinabalu Beef ini mengikut praktik yang betul sejak dari mula lagi dan dengan adanya pensijilan Halal ini syarikat berharap dapat meyakinkan lagi pelanggan akan produk ini yang sentiasa mengikut piawaian makanan halal dan mecapai kualiti yang tinggi.

“Tambahan lagi, SKFP juga kini sedang dalam proses untuk mengembangkan lagi pensijilan produk dengan memperoleh sijil Veterinary Health Mark (VHM), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP),” katanya.

Kredit: Sabah Media

Fair Use Notice: The material on this site is provided for educational and informational purposes only. All intellectual property that has not been created by or the ConserveByU team has either been used with permission, credited and linked back to it’s original source, or believed to be public domain. The material on this site is distributed without profit to those who have an interest in using the included information for research and educational purposes. If you wish to use copyrighted material from this site for purposes of your own that go beyond ‘fair use’, you must obtain permission from the copyright holder. The information on this site does not constitute legal or technical advice.
Share your love